Ahad, 20 Februari 2011

Laporan Polis Perkasa Johor Bahru

Jam 12.01 tengahari 20 hb Februari, 2011, Perkasa Johor Bahru membuat Laporan Polis di Balai Polis Central Johor Bahru berhubung dengan sms yang diterima oleh Sdra Rosli Othman. SMS tersebut menyeru NGO-NGO kaum India dan kaum India sendiri berdemonstrasi di hadapan sebuah Kuil di Jalan Trus, Johor Bahru untuk menunjukkan bantahan terhadap kementerian Pelajaran berhubung penggunaan novel Interlok bagi mata pelajaran Kesusasteraan di sekolah menengah dengan menunjukkan kekuatan kaum India.

Laporan tersebut di buat sendiri oleh Sdra Rosli Othman mewakili Perkasa Johor Bahru adalah semata-mata untuk ketenteraman awam dan mengelakkan provokasi. Turut hadir semasa laporan Polis dibuat ialah seramai 20 orang termasuk Pengerusi Perkasa Daerah Johor Bahru, Ketua Wira dan Naib YDP1 Perkasa Negeri Johor.

Sementara itu, Perkasa Daerah Johor Bahru berjaya melancarkan penubuhan Perkasa Kawasan Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru pada 20 Februari, 2011, jam 5.00 petang di Balai Raya, Kg Melayu Pandan.

Semasa pelancaran, Perkasa Kg Melayu Pandan telah mendaftarkan seramai 140 orang ahli baru. Kehadiran kaum wanita melebihi 60%.

Majlis bermula dengan ucapan Ketua UMNO Cawangan Kg Melayu Pandan. Beliau menyokong penuh penubuhan Perkasa di Kampung Melayu Pandan dan berharap Perkasa dapat membantu penduduk yang menghadapi dilema akan status penempatan mereka di kampung ini.

Wakil-wakil Perkasa daerah Johor Bahru dan Zon Pasir Gudang telah menerangkan akan matlamat,tujuan dan hala tuju Perkasa. Naib YDP1 Perkasa Johor mengucapkan syabas dan setinggi penghargaan di atas kejayaan Perkasa Johor Bahru dan penduduk kampung berhubung pelancaran penubuhan Perkasa Kg Melayu Pandan, Johor Bahru.

En.Samat b Atan
NYDP 1 Perkasa Johor

1 ulasan:

Unknown berkata...

Apa kata PERKASA anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa Pemerintah Melayu tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota asal ceramah (sebelum dipinda ke tajuk di atas)
http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.