Zulkifli Nordin menulis..........
MP Kulim Bandar Baru (Bebas)
Salam 2 all.
Saya mengutuk keras kebiadapan DAP yang angkuh mempermainkan isu kalimah ALLAH dalam kempen pilihanraya kecil Sibu walaupun larangan telahpun dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Ini jelas satu sikap kurang ajar yang mencabar bukan sahaja pihak berkuasa, tetapi juga umat Islam.
Adalah jelas DAP langsung tidak menghormati aqidah dan sensiviti umat Islam. Keangkuhan dan kebiadapan DAP ini sudah sampai keperingkat yang mereka merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh disentuh langsung!
Mereka mendesak secara terbuka supaya Kerajaan menarik balik rayuan yang dibuat ke Mahkamah Rayuan dan membenarkan pihak Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti yang ALLAH punya anak! Dan untuk menghalalkan tindakan dan tuntutan mereka, DAP telah membawa masuk PAS sebagai penyokong mereka.
Dalam satu majlis “Christian Fellowship of Pakatan Rakyat” di Sibu semalam, calun DAP Wong Ho Leng menyatakan “PAS boleh mengisytiharkan bahawa langsung tidak ada apa-apa larangan didalam Al Quran yang melarang penggunaan kalimah (ALLAH ini oleh golongan Kristian)…” (sila lihat lapuran dibawah).
Saya sangat sedih melihat parti yang dahulunya dikenali dengan perjuangan Islam yang jelas, dan menjadi harapan sebahagian orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan Negara Islam dan Daulah Islamiyyah, boleh bersekongkol dengan perkara saperti ini.
Sudahlah di pilihanraya kecil Hulu Selangor calun yang pernah mempertikaikan perlaksanaan enakmen hudud, qisas dan ta’zir diberi sokongan penuh oleh kepimpinan PAS!
Persoalan besarnya ialah, apa nak jadi dengan PAS?! Saya menyeru kepada ahli akar umbi PAS yang saya yakin sangat komited dengan perjuangan Islam, saya menyeru kepada pendakwah dan pejuang Islam didalam PAS yang sangat ikhlas dalam perjuangan mereka, saya menyeru para ‘ulama dan ‘ilmuan Islam yang jujur yang masih ada didalam PAS, marilah selamatkan PAS daripada terus hanyut dalam buaian mimpi indah duniawi ini yang akan menghancur dan merosakkan PAS.
Marilah kita bawa balik PAS k2epada perjuangan Islam yang sebenarnya, berjuang diatas landasan Al Quran dan Sunnah. Janganlah kita persia-siakan pengorbanan Almarhum Dr. Burhanuddin Helmi, Almarhum Ustadz Zulkifli Mohamed, Asyahid Ustadz Ibrahim Libya dan ramai lagi yang telah berkorban harta dan nyawa untuk perjuangan Islam.
Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Wallahua’lam. Moga ALLAH memberikan kita hidayah dan keimanan didalam fitnah aqidah yang melanda umat masakini, dan moga ALLAH memberikan keampunan kepada semua mereka yang masih mahu mempertahankan iman masing-masing. Memang kita sebenarnya sudah berada di akhir zaman, zaman fitan, zaman fitnah yang telahpun disabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita dapat melihat dengan jelas DAP langsung tidak menghormati Mahkamah yang sedang dalam proses mendengar rayuan bersabit isu ini. Ini adalah satu penghinaan kepada Mahkamah. Dalam bahasa undang-undang, ini dipanggil sub-judis yang boleh dikenakan tindakan komital oleh Mahkamah.
Inilah golongan yang bila orang lain membuat komen kepada kes Mahkamah, mereka akan melalak kononnya kita tidak menghormati dan menghina Mahkamah. Contohnya dalam kes liwat yang sedang berlaku sekarang, langsung tak boleh nak komen. Sampai ada akhbar menyiarkan gambar katil tempat Saiful diliwat pun dia bising satu dunia, sampai nak penjarakan orang. Bila Dato Seri Nazri melabel pakar forensik mereka sebagai penipu kerana tidak mahu datang Mahkamah dalam kes Teoh Beng Hock, segera mereka melalak nak ambil tindakan menghina Mahkamah dan nak memenjarakan Dato’ Seri Nazri.
Tapi bila mereka sendiri secara terang-terang menghina Mahkamah dengan memainkan isu kalimah ALLAH, itu didakwa kononnya sebagai hak demokrasi, hak bersuara.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
28 Jamadil Awal 1431
12 Mei 2010
2 ulasan:
DAP tak berani melampau kalau tak dapat sokongan PAS dan PKR. Yang melampau adalah PAS dan PKR. PAS dulu mengkafirkan UMNO kerana bersekutu dengan MCA. ada yang Sembahyang berlainan surau/masjid tetapi sekarang boleh bersekutu dengan DAP. Hukum boleh berubah ikut situasi ke. Hamba pun pening kepala kerana hambo tak pandai
CINA CELAKA ni dah LAMA Xsuka ngan KETUANAN MELAYU, lupa ke siapa punya angkara hingga terCETUSnya
13 Mei'69??
SIAPA yg NAFIkan ISLAM & BAHASA MELAYU sebagai TOP PRIORITY??
siapa mula TIMBULkan kecoh hingga terjadinya OPS LALANG??
NAJIB.. susukan ar MELAYU, BUMI & INDIA lagi BAGUS dari dok jaga BABI HUTAN ni!
Catat Ulasan