Isnin, 14 Februari 2011

14 Feb: Terkorbannya Wira Bangsa


14 Februari, ketika sebilangan masyarakat Malaysia leka menyambut hari kekasih (valentine day), mereka lupa akan saorang yang sepatutnya kita lebih kasih kerana merupakan antara wira bangsa yang tidak mampu dibalas jasanya. Tanggal 14 Februari juga merupakan hari ulang tahun kematian ADNAN BIN SAIDI atau lebih dikenali dengan LEFTENAN ADNAN. Nama yang sudah luput dimata dan hati, terima kasih lah kepada pengarah filem leftenan Adnan kerana menayangkan kesah perjuangan Melayu. Ada juga dikalangan kita yang lupa akan sejarah beliau. Melayu mudah lupa. DAP sendiri akan gelak besar apabila melihat keaadaan orang Melayu kini. Atau Melayu juga bolih ingatkan sesama Melayu. Hari ini akan diceritakan secara rengkas kepada anda siapa sebenarnya leftenan Adnan.

Pada tahun 1934, kampung sungai ramai dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakkan untuk diserapkan kedalam pasukan askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem layiha tentera di Port Diskson.

Disitu mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikan dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi saorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkan terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan kedalam pasukan askar Melayu. Dalamwaktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi kolor sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.

Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi saorang Leftenan. Ketika perang dunia kedua Lefternan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu dari pada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Sinagapura itu menyaksikan gugur nya saorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.

Apa pun, JUTAAN TERIMA KASIH dan SYABAS kepada NGO PERKASA yang telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Khas buat Lefternan Adnan..AL-FATIHAH.

FB Mohd Noor.

Tiada ulasan: