Isnin, 28 Mac 2011

Boikot Kopi Stesen Keretapi Kluang!


Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek.

Mmanakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.

Apa kata PERKASA.

Justeru itu PERKASA Johor Bahru meminta tindakan tegas perlu dikenakan ke atas pengusaha makanan dan minuman yang memasukkan bahan larangan ke dalam makanan setimpal dengan kesalahan itu.

Mengulas satu laporan di sebuah akhbar harian, Perkasa Johor Bahru amat kesal dan rasa dipermain-mainkan oleh pengusaha sebuah premis makanan di Kluang, Johor yang menggunakan DNA Babi sebagai bahan campuran dalam Serbuk kopi keluaran mereka. Ujian makmal berjaya mengesan DNA babi pada kiraan 0.01ng. Perbuatan ini bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Makanan di bawah Akta Makanan, 1983.

Melalui satu sample lain, ujian makmal juga mengesan kandungan Alkohol dalam madu pada kiraan 0.04% dipremis yang sama.

Penggunaan bahan-bahan tersebut semata-mata untuk menambahkan ‘gian’ pengguna tanpa mengambil kira kesucian makanan kepada orang Islam. Menurut seorang aktivis kemasyarakatan di Kluang Cikgu Ghazali bahawa pengusaha ini sering dinasihatkan agar memohon pengesahan Halal dari JAKIM, namum nasihat tersebut tidak dihiraukan.

Kesalahan tersebut dikesan oleh satu gerakan penguatkuasaan bersepadu di sebuah premis kopitiam yang terkenal yang telah wujud sejak 1938 lagi, malahan telah membuka beberapa buah rangkaian kopitiam di bandar-bandar lain seluruh Malaysia.

Syabas dan ribuan terima kasih diucapkan kepada orang ramai yang perihatin dalam hal ini serta Jabatan-Jabatan yang terlibat termasuk Jabatan Agama Islam Johor, Jabatan Kesihatan Kluang, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan. Usaha-usaha yang mulia ini amatlah dihargai dan perlu lebih tegas.

Dengan penemuan ini, umat Islam perlulah lebih berhati-hati dalam memilih premis makanan terutama dipremis-premis makanan berkonsep seperti ini .


Samad Atan
NYDP 1, PERKASA Johor

1 ulasan:

arbain berkata...

1. Perniagaan tersebut memang tidak ada pengesahan HALAL dari Jabatan Agama / JAKIM. Ianya terpulang pada orang Melayu / Islam untuk mengelak dari menjamu selera di kedai2 sebegini.
2. Mungkin boleh diusahakan agar perniagaan sebegini disyaratkan untuk menampal logo TIDAK HALAL jika mereka memang tidak mahu memohon pengesahan HALAL dari Jabatan Agama