Sabtu, 4 Jun 2011

LEBIH 400 KONTRAKTOR KELAS F YANG AKTIF DI JOHOR BAHRU MENGHARAPKAN KONTRAK KERJA

JOHOR BAHRU, 1 Jun, 2011
Hanya 40 kontrak kerja dapat ditawarkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru melalui sistem cabut undi yang dijalankan baru-baru ini di Pejabat Daerah Johor Bahru. Cabutan undi bagi kontrak kerja yang bernilai kurang dari RM200,000.00 setiap satu itu di hadiri oleh seramai lebih 400 kontraktor Bumiputra yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor Kelas F.

Seorang kontraktor yang gagal dalam cabutan undi tersebut Rosli Mohd Shah merungut kerana kontrak kerja dengan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan amat berkurangan pada tahun ini sedangkan bilangan kontraktor yang aktif di daerah Johor Bahru lebih 3,000 kontraktor. Rosli adalah bekas anggota tentera yang memilih bidang pembinaan dan perkhidmatan penyelenggaraan sebagai kerjaya tetap.

“kerajaan sepatutnya membuka lebih banyak peluang kontrak kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputra Kelas F serta mengawas dengan lebih dekat agensi-agensi lain seperti kontraktor dan pemaju bagi projek di bawah kelolaan Khazanah Negara dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia” Kata Rosli lagi.

Beliau juga mengesa kerajaan melalui agensi pemantau seperti TERAJU turun padang untuk mendapatkan maklumat sebenar pengagihan kontrak kerja yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana projek seperti UDA, IRDA, Perbadanan Johor dan lain-lain bagi memastikan agenda kerajaan membantu Bumiputra benar-benar dilaksanakan oleh agensi-agensi tersebut.

Samat Atan
NYDP1, PERKASA Johor

Tiada ulasan: