Ahad, 10 Julai 2011
1 JUTA AHLI NGO-NGO MELAYU JOHOR MENGISTIHAR BERGABUNG MEMPERTAHAN ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN NASIB MASA DEPAN MELAYU
JOHOR BAHRU, 6 JULAI, 2011
Sebanyak 100 buah badan bukan kerajaan NGO yang mewakili 1 juta ahli yang terdiri dari orang-orang Melayu dari setiap lapisan masyarakat berjaya menubuhkan Gabungan NGO Melayu Johor.
Majlis penubuhan Gabungan dan perlantikan barisan kepimpinan Gabungan tersebut dimulakan dengan bacaan doa dan tazkirah rengkas yang disampaikan oleh Y. Bhg Dato’ Haji Noh Gadut, Penasihat Agama Negeri Johor Darul Ta’zim.
Majlis yang diadakan di Dewan Restoran Sanggar Kristal, Johor Bahru 6 hb Julai, 2011 itu turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Negeri Johor Encik Mohd Yusri Hashim.
NGO-NGO Melayu Johor yang hadir bersetuju sebulat suara memilih Dato’ Haji Awang Mohamad sebagai Presiden Gabungan, Azali Ahmad sebagai Timbalan Presiden, Mohd Isa Baba Ali Khan sebagai Setiausaha, Haji Zaini Atan sebagai Bendahari dan seramai 20 orang Ahli Jawatankuasa.
Y. Bhg Dato’ Haji Noh Gadut dipilih sebagai Penasihat Gabungan.
Gabungan telah menetapkan 5 perkara sebagai pegangan dan asas perjuangan. Pegangan dan asas perjuangan tersebut adalah:-
1. MEMPERTAHANKAN KEAGONGAN & KESUCIAN ISLAM.
2. MEMPERTAHANKAN JIWA & RAGA SERTA MARUAH DAN HARGA DIRI.
3. MENINGKATKAN PENGUASAAN EKONOMI DAN IKTISAS.
4. MEMELIHARA DAN MEMBENTUK ZURIAT KETURUNAN UMAT ISLAM.
5. MEMPERTAHANKAN DAN MEMPERBAIKI SISTEM PENDIDIKAN, HAK , MENJANA MINDA & FIKIRAN UMAT ISLAM.
Dato’ Haji Awang Mohamad dalam ucapannya menggesa agar kepimpinan Gabungan hendaklah ikhlas, komited dan menanamkan semangat ketahanan dalam menghadapi cabaran dan rintangan. ‘Gabungan ini perlu kekal bukan sahaja semasa menghadapi isu perhimpunan haram Bersih, bahkan akan terus berjuang mempertahankan keagongan Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Air tercinta ini selama-lamanya’. Kata Dato’ Haji Awang.
Dato’ Haji Awang juga menggesa lebih banyak NGO Melayu akan bersama-sama Gabungan. Beliau juga menggalakkan NGO Melayu berkerjasama rapat diantara satu sama lain bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan ahli-ahli agar matlamat dan tujuan penubuhan Gabungan tercapai.
Samat Atan
NYDP 1, PERKASA Johor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam! saya wakil dari kEris maS Amal menyokong penuh (Gabung Johor )..agar NGO Johor dpt merealisasikan hasrat dan arah dalam mencapai matlamat NGO-NGO JOHOR..tahniah pada semua akan tercapainya hasrat gabungan ngO melayu dalam satu suara (Gabung Johor)
Catat Ulasan