Ahad, 3 Julai 2011

Bersatu Itu Wajib Bagi Orang Melayu



PONTIAN, 2 JULAI, 2011

‘Mempertahankan Melayu bererti meninggikan keagongan Islam, mempertahankan kedfaulatan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu kerana (di Malaysia) Melayu itu Islam dan DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja itu mestilah Melayu’ demikian intipati ceramah yang disampaikan oleh Tuan Yaakob Atan, Penasihat Undang-Undang Perkasa Daerah Johor Bahru sebagai penceramah undangan dalam majlis Mesyuarat Khas Tahunan Kali Pertama 2011 Perkasa Daerah Pontian.

Yaakob juga mengingatkan semua pihak bahawa DYMM Yang DiPertuan Agong adalah pemerintah Negara dan Raja-Raja adalah pemerintah negeri-negeri serta Bahasa Melayu itu adalah satu-satunya bahasa kebangsaan Negara ini. Begitu juga dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Negara dengan jelas memberikan hak keistemewaan kepada bangsa Melayu termasuk biasiswa, peluang-peluang perniagaan seperti lesen dan permit.


‘Tiada mana-mana pihak boleh mengungkit perkara-perkara ini’ tegas beliau lagi.

Mengenai Bangsa Malaysia , Yaakob menerangkan bahawa perkara tersebut tiada dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Negara.

Beliau juga amat kagum dan berterima kasih kepada Allahyarham Tun Abd Razak Hussin, Perdana Menteri kedua Negara yang juga bapa kepada YAB Perdana Menteri sekarang, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak kerana di era selepas peristewa berdarah 13 Mei, 1969, orang Melayu dari pemimpin hingga kepada rakyat Melayu mula bangkit dengan pelbagai usaha sehingga hasilnya dapat dilihat jelas termasuk ramainya anak-anak Melayu yang telah berjaya malah berada dipuncak bidang masing-masing. Sumbangan MARA juga amat besar kerana telah melahirkan ramai cerdik pandai Malayu serta ahli-ahli korporat Melayu. Beliau menggesa lebih banyak Maktab Rendah Sains MARA dibangunkan terutama di kawasan-kawasan FELDA.

Sambil berseloroh beliau memberi contoh ‘kejayaan tersebut dapat kita nikmati bersama hari ini iaitu sumbangan pembinaan dan penyerahan dewan yang indah tempat kita bersidang ini adalah sumbagan ikhlas yang tidak terhingga dari Hj Arshad Bin Daing Matirok dan saya juga difahamkan bahawa segala kos menganjurkan majlis ini juga disumbangkan oleh beliau’ ungkapan tersebut disambut dengan tempukan hormat dari ahli-ahli persidangan.

Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Haji Arshad, Parit Abdul Rahman, Benut, Pontian 2 Julai, 2011, Jam 9.00 malam yang dihadiri oleh seramai 100 orang ahli Perkasa daerah Pontian, Johor.

Datuk Ahmad Kosnan, selaku Pengerusi Perkasa Daerah Pontian mengajak orang Melayu bersatu kerana bersatu itu wajib dalam Islam. Dengan bersatu dan bermufakat, orang-orang Melayu akan berjaya menghadapai cabaran dan mempertahankan kekuasaan Melayu untuk selama-lamanya. ‘Orang-orang Melayu perlu bangkit agar nasib masa depan generasi akan datang tidak menjadi seperti nasib orang-orang Melayu di Negara jiran kita’ ujar beliau lagi.

Mesyuarat Khas Tahunan kali Pertama 2011 daerah Pontian itu dirasmikan oleh Sdra Samat Atan, Naib Yang DiPertua 1 Perkasa Negeri Johor. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua keturunan orang-orang Melayu termasuk Bugis, Jawa, Baoyan, Banjar dan lain-lain dalam daerah ini menyertai Perkasa.

‘Wujudkan Perkasa di tiap-tiap taman perumahan, kampong tradisi dan parit-parit walaupun keahlian seramai 20 orang bagi memudahkan Perkasa menyampaikan segala maklumat perjuangan disamping mendapatkan maklumbalas hal-hal yang perlu pembelaan, sokongan dan bantuan dari Perkasa’ gesa beliau. ‘lagi ramai ahli, lebih lantang suara Presiden Perkasa Y. B. Dato’ Ibrahim Ali mempertahankan hak orang-orang Melayu dan agama Islam’ tambahnya lagi.

Samat Atan
NYDP 1, Johor

Tiada ulasan: