Tun Ibrahim Ismail dianggap sebagai pahlawan Melayu . Jenazahnya dikebumikan dengan penghormatan negara di Makam Pahlawan Masjid Negara. Allahyarham adalah ahli PERKASA yang bernombor 0000001. Seluruh ahli PERKASA seluruh negara, khususnya PERKASA Johor mengucapkan takziah kepada kaum keluarganya dan mendoakan agar roh Allahyarham diletakkan bersama roh orang-orang yang soleh.
Tun Ibrahim pahlawan Melayu
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengucapkan takziah kepada keluarga Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai hilangnya pahlawan Melayu terbilang.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pengorbanan Allahyarham kepada agama, bangsa dan negara sememangnya tidak ternilai dengan wang ringgit.
''Seluruh warga Perkasa berasa amat sedih dengan pemergian beliau yang juga ahli Perkasa bernombor 0000001.
''Pada tahun 2008, Allahyarham dengan berkerusi roda sanggup untuk hadir semasa melancarkan laman web Perkasa dan kelihatan begitu semangat ketika itu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Ibrahim berkata, Allahyarham begitu bersemangat untuk menyertai Perkasa setelah merasakan hak-hak keistimewaan orang Melayu mula terancam.
''Marilah kita bersama-sama berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham," ujarnya.
Tun Ibrahim meninggal dunia pada 4.40 pagi ini di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini.
Allahyarham yang berusia 88 tahun telah menerima rawatan di hospital tersebut sejak tiga bulan lalu kerana sakit tua.
Sementara itu, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, beliau masih ingat pesanan Allahyarham yang meminta Perkasa untuk terus mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera lain tanpa kompromi.
2 ulasan:
takziah utk keluarga allahyarham..
T.kasih....dalam FB pun ada...kat sini pun ada juga.....hehehe
Catat Ulasan