Isnin, 28 Mac 2011
PERKASA Johor menghantar 50 orang perwakilan.
Majlis Taklimat Pengurusan dan Perjuangan Perkasa untuk semua Kepimpinan Perkasa Pusat, Negeri dan Daerah pada Sabtu 26hb. Mac 2011 di Wisma Belia Jalan Syed Putra Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.
PERKASA Johor tidak ketinggalan menghantar perwakilan bagi setiap daerah melibatkan pengerusi daerah, setiausaha, ketua penerangan dan ketua ketiga-tiga sayap. PERKASA Negeri juga turut menghantar wakil yang diketuai oleh NYDP Negeri Hj Bajuri b Bernawi.
Walaupun di masa yang sama Perdana Menteri dalam rangka lawatan ke Muar dan Kluang, namun Jawatankuasa PERKASA yang terlibat dengan lawatan PM masih dapat hadir walaupun lewat. Hanya PERKASA Segamat sahaja yang tidak dapat menghantar wakil atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pada keesokan harinya, semua perwakilan ke PWTC untuk menghadiri Konvensyen Transformasi Ekonomi Melayu di Dewan Tun Hussien Onn di Aras 2. Beberapa kertas kerja dibentangkan termasuk sessi soal jawab dengan beberapa agensi seperti Petronas, TERAJU, EKUINAS dan SME.
Terima kasih kepada semua perwakilan Daerah dan Negeri.
Amir Hamzah Hj Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Aktifnya rupanya PERKASA johor ni. Sorry, kawan tak tahu, kawan duduk Yong Peng, tak ada promotion pasal PERKASA kat tempat kawan.
pokokakar.blogspot.com
harap dapat inform mcm mana nak masuk PERKASA
Kita tak tau pun cetanya,sbb tak diberitahu.Mungkin dah tidak diperlukan lagi.
Sila amati blog ni di kiri dan kanan. Ada alamat pejabat dan alamat setiausaha perkasa daerah masing-masing......Kalau Yong peng boleh hubungi setiausaha Batu Pahat En Abol di talian 012 7959860
PERKASA MUAR MENCADANGKAN AGAR PIHAK PERKASA PUSAT YANG MENGENDALIKAN URUSAN KAD KEAHLIAN DAN SIJIL AHLI2 BARU YANG MENDAFTAR BAGI MENYERTAI PERTUBUHAN PERKASA DAPAT DIURUSKAN DENGAN LEBIH BERSYTEM SERTA TERANCANG DISAMPING MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN CORIER YANG CEPAT DAN TEPAT BAGI MENGHANTAR KAD2 KEAHLIAN DAN SIJIL AHLI BARU YANG MENDAFTAR KE SETIAP PERKASA DAERAH YANG BERKENAAN.SECARA TIDAK LANGSUNG IANYA DAPAT MEMPERLIHATKAN KEPERHATINAN DAN KEKUKUHAN PERKASA MALAYSIA DALAM MENTADBIR SEBUAH PERTUBUHAN NGO YANG SEMAKIN MANTAP DI NEGARA INI DI KALANGAN AHLI2 BARU,BERBANDING SEBELUM INI, PENGURUSAN YANG DILIHAT AGAK LEMBAB DAN PELBAGAI ALASAN YANG DI BERI OLEH PIHAK PENGURUSAN PERKASA PUSAT BAGI MENUTUP KELEMAHAN BERKENAAN KELEWATAN KAD KEAHLIAN YANG DITERIMA OLEH SETIAP AHLI YANG MENDAFTAR. DIHARAPKAN USULAN INI DAPAT DIBERI PERHATIAN DALAM MESYUARATDAN DI USULKAN KE MESYUARAT PERINGKAT PUSAT NANTI DEMI MEMASTIKAN PERTUBUHAN PERKASA LEBIH MANTAP.. (PERKASA DAERAH MUAR)
Catat Ulasan