Jumaat, 16 September 2011

Aku Seorang Komunis

AKU SEORANG KOMUNIS

(Sempena Hari Malaysia)

Kata mereka, aku komunis
kerana aku mengganas.
Ya, memang aku mengganas
mengganas …
terhadap kuasa penjajah.

Kata mereka, aku komunis ..
kerana aku membunuh.
Ya, memang aku pembunuh,
akulah pembunuh imperialis
yang menindas buruh dan tani,
aku membunuh talibarut imperialis,
akulah juga yang membunuh
Henry diselekoh maut dilereng Frazer,
justeru dialah yang mengkhianati rakyat dan bumi Palestin,
demi menghalang agenda sama dibumiku.

Kata mereka, aku komunis
Kerana senjata yang ku acukan kepada imperialis
demi membebaskan tanahairku.

Kata mereka, aku komunis..
yang tidak percaya agama.
Aku hanya percaya kepada agama dan Tuhan yang Satu
yang mengajarku supaya membela yang lemah,
yang berdoa kepadaTuhanNya supaya melepaskan mereka
dari siksaan belenggu imperialis,
yang memasung mereka dengan kemiskinan
di bumi yang kaya.

Kata mereka, aku komunis
kerana menghasut…
Ya aku menghasut,
menghasut buruh dan tani miskin
bangun menentang imperialis.
Wahai adik-adiku,
imperialis satu demi satu telah lenyap
Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula
terlalu lama bangsaku dipasung mereka
hingga mereka tidak kenal lagi
musuh dan sahabat.

Kata mereka lagi, aku komunis
kerana kerosakan.
Ya, memang akulah yang merosakkan
lombong, gudang dan estate milik kapitalis Inggeris,
sumber tenaga kolonial
hegemoni politik tanah jajahan.

40 tahun dipangkal pokok aku beradu
bersama rifle dan brengun,
demi citaku untuk melihat bangsaku
bebas dan merdeka!

Ini adalah sajak nukilan komunis Melayu. Seperti mana kata Datuk Zulkifli Abd. Rahman bekas pegawai polis cawangan Khas yang mengatakan semasa perjanjian perdamaian Hadyai 1989, kerajaan tidak memaksa agar PKM dibubarkan tetapi perjanjian tahun 1989 itu hanyalah perjanjian perletakan senjata oleh PKM.

Ini bermakna PKM tidak pernah dibubarkan. Ianya masih hidup sehingga sekarang. Abdullah CD masih kekal sebagai Pengerusi PKM dan Chin Peng masih menjadi Setiausaha Agungnya. Oleh itu, tentangan sebahagian besar rakyat Malaysia menyekat Chin Peng balik ke Malaysia adalah berasas kerana Chin Peng masih lagi Setiausaha Agung PKM.

Apabila timbul isu Mat Indera, Balai Polis Bukit Kepong dan Mat Sabu kita boleh mengemukakan banyak soalan tentang 3 perkara ini.

1. Mengapa Mat Sabu cuba mengaitkan Mat Indera yang hanya Ketua Komunis Selatan Tanah Air yang diberi kuasa untuk mengawasi utara Johor iaitu daerah Batu Pahat, Muar dan Segamat disamping seluruh Melaka. Mengapa tidak Abdullah CD, Rashid Maidin, Syamsiah Fakeh, Musa Ahmad yang jelas lebih penting dan signifikan daripada Mat Indera.

2. Mengapa pula Mat Sabu mengambil peristiwa serangan Bukit Kepung yang telah berlalu 61 tahun yang lalu.

3. Ramai orang melihat Mat Sabu diperalatkan. Agak pelik jika PAS memilih subjek komunis sebagai isu politik mereka. Mengapa pula Mat Sabu, bukan Hadi Awang, Khalid Samad, Husam Musa atau pemimpin-pemimpin lain di dalam PAS?

4. Mengapa pemimpin daripada PAS bukannya pemimpin PKR yang ada di dalam Pakatan Rakyat dipilih untuk diperalatkan?

5. Akhir sekali, ramai yang tidak percaya Mat Sabu adalah komunis tetapi siapakah komunis di belakang Mat Sabu?

Komunis dan ideologinya dan sosialisme masih subur dikalangan pengikut dan peminat-peminatnya baik yang berada di perkampungan komunis di sempadan Thailand atau sedang berada di tengah-tengah masyarakat di negara kita.

Amir Hamzah Mohamad
Batu Pahat

3 ulasan:

rizzul berkata...

Di samping memansuhkan ISA, PM Najib juga menegaskan tidak akan ada lagi tangkapan kerana perbezaan ideologi politik...Jadi Mat Sabu tak perlu risau dan bolehlah terus berkomunisme. Begitu juga dengan komunis2 dan sosialis2 yang lain...silakan...

rimaJOHOR berkata...

Kalau ISA ada pun tapi tak reti digunakan maka lebih baik dimansuhkan. Tidak la berbulu lagi mata dan telinga kita......

rizzul berkata...

Ciptalah undang2 macam manapun, kalau penguatkuasaannya lemau, buat malu je...orang akan pandang sengkek pada undang2 tu, apalagi pada penguatkuasanya...Itulah yg berlaku pada ISA yg akhirnya dikuburkan,,