Kita biasa dengar orang politik akan berkata, 'Kita tiada kepentingan dalam hal ini', lazimnya mereka akan ambil mana-mana yang penting'. Kita juga biasa mendengar orang politik berucap, 'kita tidak akan ambil kesempatan atas apa yang berlaku', hakikat dan biasanya mereka akan ambil mana yang sempat.
Ayat di atas mengandung 2 perkataan popular di kalangan orang politik iaitu 'kepentingan' dan 'kesempatan'.
Apabila Raja Petra terpaksa muncul di kaca televisyen, mendedahkan semua nama sumber yang beliau ketahui dalam menghasilkan rencana yang memfitnah Najib dan Rosmah berkaitan kes pembunuhan Artantuya ianya berkaitan dengan kepentingan, peluang dan kesempatan yang ada oleh pihak-pihak tertentu termasuk Raja Petra sendiri.
Berdasarkan pendedahan Raja Petra, saya masih ingat tentang isu yang cuba dikaitkan dengan Najib ketika itu. Antara yang saya ingat adalah isu bom C4. Mengikut sumber-sumber ketika itu, C4 tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya kecuali oleh Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Bagaimana C4 boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya? Malah ada yang memfitnah Najib bahawa anak yang di dalam kandungan itu adalah anak hubungan sulit antara Najib dan Artantuya.Tian Hua menggunakan gambar super impose menunjukkan Najib sedang makan bersama Artantuya dan Razak Baginda dan banyak lagi persepsi yang dimainkan.
Kononnya juga diberitakan daripada sumber elit tentera yang mendakwa terdapat dokumen sulit yang membuktikan bahawa Rosmah dan dua Leftenal Kolonel berada di tempat kejadian, semasa Altantuya dibunuh dan diletupkan.
Pendedahan ini juga akhirnya mempalitkan kumpulan 'elit tentera' seperti nama Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin dan Lt Kol Aziz Buyong dan isterinya, Lt Kol Norhayati Hassan. Siapa di belakang pegawai tinggi ini pula? Persoalannya mengapa ATM lembab bertindak sedangkan nama Left.Kolonel Azmi sudah wujud dalam akuan bersumpah Raja Petra 2 tahun yang lalu? Bahkan Raja Petra sudah lama memaklumkan kepada pihak polis.
Orang yang sering mengucapkan perkataan 'konspirasi' selalunya perlakuan konspirasi itulah yang menjadi amalan hidupnya. Kalau Anwar dikatakan sebagai 'kepala konspirasi' menyekat Najib menjadi PM bukanlah sesuatu yang menghairankan. Konspirasi sudah menjadi mainan bibirnya apabila bencana dan malapetaka berlaku kepada dirinya. Anwar akan menuding pihak lain dan dengan selamba akan mengatakan ianya satu konspirasi untuk menyekat politiknya.
Rupanya Anwarlah 'bapak konspirasi' jika disandarkan kepada pendedahan Raja Petra ini. Pakar konspirasi akan melakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai. Kemungkinan pembunuhan Altantuya sengaja direka untuk mengaitkan Najib dengan Rosmah sebagai suspek utama dan tidak mustahil, terdapat perancangan rapi dan pakatan sulit untuk membunuh Altantuya dan kemudian dijadikan isu politik bagi mengaitkan nama Najib dan Rosmah. Konspirasi atau pakatan jahat selalunya tidak selamat dan pasti akan bocor, cuma lambat atau cepat.
Persepsi yang dimainkan berjaya mempengaruhi rakyat dan ianya masih berlegar-legar dalam pemikiran sesetengah rakyat walaupun Najib pernah bersumpah di dalam Masjid di Permatang Pauh bahawa beliau langsung tidak mengenali Artantuya. Pendedahan oleh Raja Petra ini juga bukan lah titik nokta untuk menghentikan perbualan, fitnah dan umpatan terhadap isu ini. Besar sungguh kesan daripada konspirasi ini.
Berdasarkan kepada kepentingan dan kesempatan ini juga, mengaitkan beberapa nama 'elit UMNO' yang turut bersekongkol melakukan konspirasi ini. Seorang daripadanya bukan asing bagi kita, berjasa kepada UMNO cuma masih belum kesampaian menjadi PM. Kalah 2 kali dalam perebutan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO tetapi tidak pernah memadamkan kehendaknya menjadi perdana menteri. Mungkin isu Artantuya merupakan kesempatan terakhir untuknya dan beliau terus gagal.
Seorang lagi, demi 'bapa mertuaku'. Patutlah Najib tidak melantik orang ini menjadi menteri atau timbalan menteri. Ramai menyangka bahawa beliau tidak mendapat sebarang jawatan kerana kes politik wangnya, rupanya ada kes lain yang lebih besar. Agak menghairankan naib nya pun menjadi timbalan menteri lebih membinggungkan lagi orang yang mendapat undi tercorot pun mendapat jawatan di dalam kabinet.
Saya menulis berdasarkan pemahaman saya tentang pendedahan Raja Petra di TV 3 tempohari yang dengan jelas menunjukkan bahawa Raja Petra juga bukan lah seorang yang boleh dipercayai dan sanggup membocorkan rahsia kawan-kawan demi menyelamatkan dirinya. Jelas sepanjang pendedahannya beliau telah 'dikambinghitamkan' oleh pihak-pihak tertentu.
Kesemua yang didedahkan oleh Raja Petra mempunyai kaitan dan berhubung kait dengan 'kepentingan' dan 'kesempatan'.
Amir Hamzah
Batu Pahat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan