Ahad, 17 April 2011
PERKASA JOHOR BERKUNJUNG KE PEJABAT EXCO KERAJAAN JOHOR
JOHOR BAHRU. Perkasa Johor mendapat gambaran jelas mengenai dasar dan sikap kerajaan negeri terhadap beberapa isu yang sedang dihadapi oleh rakyat khususnya orang-orang Melayu.
Dewasa ini semakin banyak kumpulan dan perkampungan yang mengharapkan masalah mereka dibawa oleh Perkasa keperingkat pucuk pimpinan negeri untuk diselesaikan dengan seberapa segera. Masalah-masalah tersebut berupa isu penempatan.
Sebagai memenuhi rintihan dan harapan tersebut, Perkasa Negeri Johor yang diwakili oleh Naib Yang DiPertua 1 En samat Atan, Pengerusi Perkasa Daerah Johor Bahru Hj Mohd Ghauth Mohd Yusof dan Timbalannya Hj Zainal Jamil, Ketua Wira Negeri Johor En Shahrullizam Abd Samad dan Ahli Jawatankuasa Negeri En Haron Md Salleh telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya dan Kerajaan Tempatan Negeri yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Zahari Bin Jamil di Kota Iskandar, Nusajaya pada hari Rabu 13hb. April, 2011.
Dalam perjumpaan yang pertama kali ini, Ahmad Zahari lebih menerangkan dasar dan tindakan kerajaan negeri. Tiada jawapan jelas keatas isu yang dibangkitkan dan Perkasa menganggap bahawa segala usaha yang dilakukan oleh Perkasa masih tidak meyakinkan beliau.
Dalam kunjungan tersebut, rombongan Perkasa sempat singgah ke pejabat Yang Berhormat Haji Abd Aziz Kaprawi , Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Negeri setelah dijemput oleh beliau. Beliau menerangkan bahawa kerajaan negeri sedang mempromosikan ternakan Ikan Betutu secara komersial kerana spesis ikan ini amat berpotensi dari segi pasaran dan harganya.
Samat Atan
NYDP 1. PERKASA Johor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan