Sabtu, 16 April 2011
PERKASA DAN PPPMM MENYERU NGO MELAYU BERSATU
JOHOR BAHRU. Bangsa Melayu sedang menghadapi pelbagai tekanan dan desakan dari kelompok-kelompok tertentu yang sentiasa iri hati terhadap hak dan keistemewaan orang Melayu dan Bumiputra di negara ini. Menyedari situasi yang semakin meruncing ini, Perkasa menyeru masyarakat Melayu melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya di negeri Johor ini bersatu teguh mempertahankan hak dan keistemewaan tersebut agar bangsa Melayu terus dihormati dan disegani.
Seluruh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili bangsa Melayu dan Bumiputra perlu sedar dan insaf bahawa kelompok-kelompok tersebut sengaja menguji kesabaran kita dalam berbagai bentuk. Umpamanya ada suara sumbang yang mendesak kerajaan menghapuskan kuota 30% untuk Bumiputra, menghapuskan biasiswa tajaan MARA, mengamalkan system meritrokrasi, liberalisasi dalam sector-sektor perniagaan, mendesak agar kaum diberi taraf Bumiputra kerana kata mereka orang Melayu juga pendatang dibumi ini.
Kesucian Islam juga dicabar dengan membuang kepala babi didalam kawasan Masjid, Surau disimbah cat, pembesar suara azan ditiadakan dan kawasan Masjid dimasuki oleh orang kafir untuk bersenam serta berucap di dalam Masjid.
Seruan tersebut disampaikan oleh Encik Azali Ahmad, Pengerusi Perkasa Zon Pulai, Johor yang berucap dalam satu Forum anjuran Persatuan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) Ahad 10 hb. April, 2011. Forum bertajuk Apa Untung dan Ruginya Jika Melayu Berpecah’ yang diadakan di Dewan Seni Budaya Johor Bahru dihadiri oleh lebih 800 orang ahli PPPMM dan ahli Perkasa Daerah Johor Bahru.
Pengerusi PPPMM Haji A Rahman Mahadi, mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli dan tetamu dari Perkasa. Beliau mengistiharkan bahawa PPPMM yang keahliannya mencapai 80,000 orang di seluruh negeri Johor bergabung dengan Perkasa demi perjuangan mempertabatkan kesucian Islam dan mempertahankan hak dan kedaulatan Melayu.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Samsol Bari Jamali, Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor. Dalam ucapannya, Samsol Bari berulang kali menyatakan bahawa orang Melayu akan rugi malahan kuasa Melayu akan terhapus sekiranya Melayu berpecah.
Samat Atan
NYDP 1, PERKASA Johor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan