Isnin, 29 Mac 2010

Keluarkan Gerakan Daripada BN!


Ketua Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Dal
am kenyataannya hari ini Teng juga membidas Tun Mahathir yang menyampaikan ucapan semasa merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa kali 1 yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'. klik di sini. Soalan saya:

1. Daripada mana Teng Hock Nam mendengar ucapan Tun Dr Mahathir semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Perkasa?

2. Teng Hock Nam faham atau tidak bahasa Melayu?

3. Tunjukkan di mana ucapan Tun Mahathir yang bersifat perkauman dan 'menjijikkan' itu.

Tuduhan melulu daripada Teng ini membuktikan Gerakan sengaja mencari pasal dengan orang Melayu yang semakin meluat dengan beberapa kenyataan pemimpin Gerakan seperti Lim Keng Yeik, Koh Tsu Koon dan terbaru daripada Teng. Teng bukan sahaja membuat fitnah tetapi cuba memburuk-burukkan imej mantan perdana menteri yang juga seorang negarawan.

Ramai pihak sebenarnya cuba menghalang kehadiran Tun ke majlis PERKASA ini dan Tun sendiri sedar apabila Tun mengatakan 'ramai pihak menasihatkan beliau agar jangan merasmikan mesyuarat Perkasa kerana ia boleh mencemar imej dan nama baiknya. Namun, katanya, nama beliau sudah tercemar dulu angkara dikeluarkan dari UMNO'

Berikut saya siarkan ucapan Tun yang dicatat oleh Hasnurul Mohamed (Utusan Malaysia) yang membuat liputan langsung Mesyuarat Agung Perkasa kali pertama. Para pembaca boleh menilai sendiri sama ada benar atau fitnah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Gerakan Pulau Pinang itu. Jika tidak ada unsur-unsur seperti yang didakwa oleh Ketua Gerakan itu maka suka kita mencadangkan agar dikeluarkan sahaja Gerakan daripada Barisan Nasional.

Catatan Hasnurul Mohamed:

Dr Mahathir menjelaskan, kerajaan perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum - kerana kita berada dalam sebuah negara yang demokratik. Membentuk sebuah kerajaan atau tidak, bergantung kepada sokongan undi. Kalau ramai rakyat yang tidak mengundi, parti tidak akan mendapat kemenangan.

Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.

Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak, kata Dr Mahathir. Walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah.

Namun, katanya, orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja, Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti.

Kata Dr Mahathir, jumlah yang sebesar ini (yang hadir pada mesyuarat agung Perkasa) harus diberi perhatian. Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.

"Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah."

Dr Mahathir berkata, beliau akan cuba menyampaikan mesej Perkasa kepada kerajaan walaupun beliau bukan dalam kerajaan.

"Kepada parti pembangkang, biarlah mereka cari cara untuk putar-belit lagi," ucap Tun dengan penuh bermakna.
Mengapa sekarang orang Melayu memerlukan NGO seperti Perkasa dan peranan yang dimainkannya dalam politik dan lain-lain.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka. Kerana terhakisnya kepercayaan mereka. Mereka berpendapat, kalau UMNO tak berupaya melindungi mereka, mereka perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri," tegas Dr Mahathir.

Kata Tun, prestasi UMNO pada pilihan raya tahun 2008 amat buruk. BN hanya dapat menubuh kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

"Maka wujudlah NGO-NGO Melayu dan NGO Melayu yang terbesar adalah Perkasa," tambahnya.
Kini kerajaan terpaksa mendengar pandangan "mereka yang siuman dan tidak siuman", kata Dr Mahathir. Apabila mendengar keluhan dan desakan daripada puak-puak lain, Orang Melayu melihat seolah-olah kerajaan memberi layanan lebih baik kepada mereka daripada kepada mereka.

"Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana UMNO dan BN hampir kalah," tegas beliau.
"Dulu adalah tuntutan dan desakan tetapi tidaklah biadab seperti hari ini. Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu yang nak keamanan, hidup rukun dan damai. Negara dapat dibangunkan. Hampir 50 tahun tidak ada masalah yang besar dihadapi kecuali pada tahun 1969 dan 1987. Tidak ada tuntutan yang bukan-bukan daripada mana mana pihak," kata Dr Mahathir. "Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi janganlah biadab." - Tun Mahathir.

"Zaman Tunku, Tun Razak, Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Saya sebut yang benar, kalau tak benar, katakan pada saya. Saya stand to be corrected. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka.

"Negara kita unik, penduduk pelbagai kaum. Negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang dan orang lain, melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti perlu tahu bahasa tempatan, budaya tempatan," ujar Tun.
"Orang Melayu murah hati. Sanggup kongsi negara kita ini hampir tanpa syarat, tidak ketat supaya mereka itu ada tempat tinggal dalam negara ini.

"Kita tidak soal. kita tidak bantah mereka nak mengadakan sekolah berbilang bangsa. Tetapi apa yang ada kepada kita yang sedikit ini, janganlah hendak diambil untuk diagihkan kepada orang yang sudah ada," tegas Dr Mahathir.

"Hanya 10 peratus anak melayu berada di universiti. Anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat bancian, siapa yang lebih ramai?

"Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa. Kita beri sebab tak ada duit, tak cukup. Yuran setahun RM60,000 mana ibu bapa melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran? Kalau tak betul apa yang saya katakan, buat bancian," kata Tun lagi.

"Ini sangkaan sahaja. Saya bukan rasis. Sila buat kajian. Memanglah saya ni ada sangkaan buruk pada orang lain." kata Tun dengan nada sinis.

Dr Mahathir juga berkata: "Ada orang kata, usah diungkit 1969. Bukan untuk takut-takutkan orang, tapi ini benar. Bukan sahaja Melayu, India dan Cina juga dapat bangun bersama melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)."

"Janganlah sengaja menyakitkan hati orang Melayu, ada orang kata kaum Melayu kaum pendatang. Jika begitu, kenapakah negara ini dinamakan negara Melayu, dalam sejarah disebut Tanah Melayu. Tidak pula disebut ini adalah Tanah Orang lain. Maka, janganlah kata Melayu pendatang." Tun Dr Mahathir.

"Ada yang berkata dalam sebuah artikel, sebenarnya tidak ada orang Melyu di dalam dunia ini. Itu pun kita tidak marah, kononya tidak ada orang Melayu dalam dunia ini" - Tun Dr Mahathir.

Tun berkata, kalau orang Melayu kaum pendatang, kenapa tak sebut nama lain (selain Melayu). Kalau pun ada darah kaum pendatang tapi didekatkan diri dengan orang Melayu.

Keris ialah simbol bangsa kita. kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara. - Kata Tun.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa-bahasa lain bebas digunakan. Ada imbangan. Tak pernah ambil orang melayu tanpa diberi hak kepada bukan melayu. dalam Perlembagaan disebut, tak boleh rampas - Tun M.

Tun mengingatkan,jangan ada mana mana pihak yang buat tuduhan melulu. Kita bukan rasis tapi kita sayang kepada negara kita. Kita tuntut apa hak kita. selagi kita tidak adil kepada orang melayu bermakna tidak ada keadilan kepada kaum kaum lain di negara ini.

Kata Tun lagi, media cina dan india, tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. saya harus prihatin kepada nasib orang melayu. saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan melayu tapi tuntut hak mereka. tuntut hak adalah tindakan yang adil.

Tambah Tun, Datuk Seri Najib jangan lupa rintihan dan tuntuan orang Melayu. Akibatnya nanti tidak baik kepada kepimpinan Datuk Seri Najib. Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada.

Perkasa sebagai NGO mainkanlah peranan secara bijak, bukan untuk mendabik dada. Sebabkan semua pihak mendapat keuntungan dan kemenangan, win win results. tak nak ambil semua bagi diri kita, mereka juga kaya tapi kita ada hak kita.- Pengakhiran ucapan perasmian Tun M.

Mana lebih jijik? Gerakan wants Chin Peng Home

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor










2 ulasan:

tebing tinggi berkata...

Keturunan teng hock nam dan yang sama denganya memang dah sebegitu sifatnya ,hanya orang Melayu yang tidak sedar, kalau sedar pon mudah lupa,memang benar sebagaimanakata Tun M.
Apa yang dikatakan olih hock nam adalah isi hati sebenar kaumnya terhadap perjuangan Melayu mempertahankan haknya kerana implikasinya akan menyulitkan sedikit mereka mencari makan. Matalamat mereka hanya cari makan dan hidup senang,jadi sebarang ganguan kearah itu akan mungkin menyebabkan mereka kena berbelanja lebih bagi mengatasi halangan-halangan dan mereka tahu kerenah Melayu mudah diatasi ,cuma sekalang susak sikit loo itu PERKASA ala nampak maa.

Keturunan ini akan melenting kalau kelebihan mereka menikmati hidup akan terjejas demi keselesan hidup dalam negara yang memakmorkan mereka, tetapi kalau negara yang memakmorkan mereka menerima ancaman yang bolih mengugat kedaulatan ,mereka akan berkata "hai ya ini mulayu punya hat kita olang cari makan saja loo, kalau senang cari makan banyak babot,kalau susah lain tempat cari loo".

Kesimpulanya aktiviti PERKASA akan memantau dasar-dasar kerajaan yang sentiasa cenderong mewujudkan suasana yang condusive bagi memudahkan keturunan hock nam ni mencari makan dan memakmorkan hidup mereka,dan sudah pasti keadaan ini tidak mereka gemari,walaupon mereka tahu bagimana mengatasi pengaroh Melayu, celita sikit mesti bolih OK punya maaa.......!.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Apa nak buat, Bos UMNO sendiri pun takut kat Bos Gerakan. Masa Gerakan kalah hari tu Bos Gerakan dah gertak kat Bos UMNO suruh UMNO berubah, kalau UMNO tak mau berubah, dia nak tarik Gerakan keluar dari BN. Bos UMNO pun terpaksa akur dengan desakan dari Bos Gerakan ni. Bos UMNO kata kalau UMNO tak berubah UMNO akan rebah lebih-lebih lagi jika Gerakan meninggalkan UMNO.

Heran jugak aku, yang kalah teruk di Pulau Pinang tu Gerakan, UMNO tetap utuh disana tetapi UMNO pula yang disuruh berubah. Sepatutnya yang kalah tu lah kena cari sebab kenapa mereka kalah teruk dan ubah sikap buruk mereka tu. Tetapi nampaknya mereka cari jalan mudah untuk menyalahkan UMNO atas kekalahan mereka itu supaya UMNO yang kena ambil tanggungjawab untuk berubah, bukannya mereka, mereka tetap tidak bersalah walau pun mereka bersikap sepuluh kali racist daripada UMNO.

Inilah sebab kenapa ramai Melayu marah kepada Najib (dan Dolah) kerana terlalu bagi muka kat kaum mereka ni hingga mereka dah mula hilang rasa hormat mereka. Jika mereka ada rasa hormat mereka tentu mereka tak ancam nak tarik diri kerana menganggap kekalahan mereka itu adalah tanggungjawab bersama, bukanya menyalahkan UMNO saja.

Nordin-KCD