Ahad, 21 Mac 2010

Tun M pendekkan lawatan keluar negara untuk PERKASA


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan merasmikan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 Mac ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Dr. Mahathir akan diberikan sambutan meriah mengikut istiadat dan kepahlawanan Melayu.

''Setakat ini sudah hampir lapan 8,000 ahli dan 2,000 orang tetamu telah mengesahkan kehadiran mereka pada mesyuarat itu.

''Sehubungan itu saya meminta kerjasama semua pihak agar datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mesyuarat agung Perkasa sebelum ini dijadualkan akan dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagaimanapun semalam, Istana Selangor mengesahkan baginda tidak dapat menghadiri majlis perasmian tersebut.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, sebanyak empat usul akan dibentangkan pada mesyuarat itu iaitu agama, ekonomi, pelajaran dan keselamatan.

Tiada ulasan: