Selasa, 16 Mac 2010

Tahniah Segamat, Kluang dan Ledang!

Kopi Stesen Keretapi Kluang tumpuan peminat kopi

Gunung Ledang yang menyimpan seribu misteri

Durian Segamat yang mengancam

Tahniah kepada ketiga-tiga daerah ini yang berjaya mengumpulkan keahlian yang ramai selepas Majlis Perlancaran PERKASA Negeri Johor pada 17.01.2010 yang lalu. Daerah Segamat telah pun mencecah lebih daripada 500 orang ahli diikuti oleh Ledang yang akan mendaftarkan ahlinya seramai 500 orang sebelum mesyuarat Agung PERKASA Malaysia pada 27hb Mac 2010 akan datang. Daerah ketiga teramai setakat ini ialah Daerah Kluang iaitu seramai 400 orang telah didaftarkan. Ianya sesuatu yang membanggakan kerana PERKASA Kluang baru sahaja dilancarkan pada 28 Februari yang lalu. Daerah Batu Pahat berjaya mengumpulkan 250 orang ahli. Daerah Johor Bahru seramai 150 orang ahli.

Daerah-Daerah yang belum melancarkan PERKASA Daerah masing-masing adalah Daerah Muar, Kulaijaya, Mersing, Kota Tinggi dan Pontian. Setiap daerah yang ingin melancarkan PERKASA daerah masing-masing selepas ini telah ditetapkan perlu mengumpul keahlian seramai 500 orang terlebih dahulu. Setiap daerah perlu menyenaraikan barisan AJK Daerah untuk disemak oleh YDP Negeri. Setiap aktiviti dan perlancaran PERKASA Daerah hendaklah dirujuk kepada Setiausaha Negeri terlebih dahulu.

Pembahagian peruntukan daripada yuran keahlian telah ditetapkan seperti berikut : PERKASA Pusat = RM5.00, PERKASA Negeri =RM1.00 dan PERKASA Daerah RM4.00. Pembahagian ini adalah membuktikan bahawa PERKASA Daerah mempunyai peranan yang sangat luas untuk bergerak sehingga ke peringkat rakyat bawahan. Walau bagaimana pun pembayaran ke PERKASA Pusat tetap RM10.00 dan PERKASA Pusat akan mengagihkan ke PERKASA Negeri dan seterusnya ke PERKASA Daerah secepat mungkin.

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor

Tiada ulasan: