Sabtu, 6 Mac 2010
Masing-Masing Ada 'Sampah'
Apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang keluar dari PKR dan masuk UMNO, maka berbunyi lah orang mengatakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang itu sebagai 'sampah' tetapi 'mutiara' bagi UMNO. Secara kasarnya memang benarlah kenyataan itu, sebab sesuatu yang sudah tidak berguna lagi atau pun sudah mahu dibuang dianggap sebagai sampah.
Mana-mana parti politik pun tidak akan menolak mana-mana individu yang ingin menyertai parti selagi ianya mengikut syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh parti. Seingat saya, UMNO bukanlah sebuah parti 'pendendam' dan tertutup, malah di dalam sejarahnya UMNO akan menerima semula ahli-ahlinya sama ada ahli yang pernah dipecat, ahli yang keluar dengan sendiri atau ahli-ahli yang pernah dihukum.
Tun Mahathir pernah dipecat di zaman Tunku Abdul Rahman kerana mengkritik pentadbiran Tunku tetapi diambil semula di zaman Tun Abdul Razak. Tun Mahathir sendiri pernah berkata yang penting bukannya individu atau pemimpin tetapi parti yang lebih utama kerana pemimpin boleh datang dan boleh pergi. Tun Mahathir sekali lagi keluar daripada UMNO kerana tidak puashati dengan pentadbiran dan rasuah politik di zaman Tun Abdullah tetapi masuk semula UMNO setelah Najib menjadi PM.
Tengku Razaleigh dan kawan-kawannya pernah bersama parti Semangat 46 tetapi akhirnya rujuk semula kepada UMNO dan Semangat 46 pun telah lama berkubur. Namun jasa Parti Semangat 46 kekal hingga ke hari ini kerana PAS masih kekal memerintah Kelantan sejak pilihanraya 1990 apabila PAS bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah berjaya mengalahkan BN dalam pilihanraya tahun tersebut.
Ezam Mohd Noor, 'Singa' Parti Keadilan rakyat yang mengutuk UMNO siang dan malam juga diterima menjadi ahli UMNO semula setelah hilang kepercayaan dengan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat. Sejak 1998 hingga 2010 menyaksikan berpuluh-puluh pemimpin utama PKR yang telah berhijrah parti atau pun menjadi Bebas. Pendek kata kebanyakan pemimpin-pemimpin PKR silih berganti dan rata-rata pemimpin PKR sekarang adalah muka baru kecuali Azmin Ali dan Wan Azizah.
Kemasukan Mohamad Fairus yang pernah menjadi 'penjilat' Anwar ke dalam UMNO bukan sesuatu yang pelik dan anih. Memang begitulah kehidupan ahli-ahli politik bagi meneruskan survival politik mereka supaya terus berada dalam arus perdana politik tanah air. Apabila kemasukan seseorang itu ke dalam sesuatu parti atau keluar daripada parti sudah barang tentu banyak 'cerita-cerita' yang dulunya rahsia, kini terbongkar satu demi satu.
Jikalau beliau masuk ke dalam UMNO ada sebabnya dan keluar daripada PKR juga ada sebabnya. Paling seronok ialah sebab-sebab yang diberikan oleh bekas kawan-kawannya dalam parti PKR. Antara dakwaan terhadap Fairus ialah beliau ada membuat tuntutan melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar RM15,000 sebulan buat selama-lamanya. Pada pandangan mata umum, UMNO lah yang menyelesaikan masalah Fairus sehingga beliau sanggup menjilat kahaknya semula kerana kesempitan dan tersepit dan sudah tentu Fairus akan melakukan sesuatu untuk UMNO sebagai membalas jasa UMNO itu. Itulah andaian yang berlegar-legar di kalangan masyarakat awam.
Kemarahan penyokong PKR terserlah apabila mengatakan bahawa projek melompat parti ini adalah hasil kerja pimpinan Umno yang didalangi oleh bekas pemimpin PKR sendiri, yang sentiasa berhubung dengan pemimpin Umno. Penulis ini yakin bahawa sekarang ini adalah masanya bagi pemimpin Umno atau bekas pemimpin PKR menuai hasil ternakan mereka.
Maksudnya, bekas-bekas MP PKR (yang melompat keluar parti) ini telah diternak lama oleh tauke mereka dan selama ini diberi makan percuma sehingga sampai ke tahap 'matang'.
Adalah menjadi satu syarat wajib 'contract farming' bahawa hasil ternakan yang dibiayai sepenuhnya oleh tauke apabila sudah matang, akan 'dibeli balik' atau hasil ternakan itu 'mesti dijual' kepada pembiaya! Oleh itu, tidak hairanlah apabila diberitakan yang mereka kembali kepada Umno atau melompat parti sebagai MP bebas! Adalah diharapkan agar MP Pakatan Rakyat supaya elakkan diri daripada diternak, dibiayai dan dibeli balik (dijual) dengan harga yang murah! Harga diri MP Pakatan Rakyat bukanlah sebegitu rendah bagaikan harga binatang ternakan. (http://www.malaysiakini.com/letters/125631)
Saya boleh terima bahawa Mohamad Fairus itu dianggap sebagai 'sampah' dan beliau memang 'sampah politik' pun. Nasib baik ada UMNO yang 'kutip', kalau tidak jadilah 'pengemis politik'. Namun apa kurangnya dengan pihak sebelah sana yang menerima 'sampah-sampah' daripada UMNO dan MCA misalnya. Apa kurangnya dengan Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng, bukankah mereka ini juga sampah bagi parti masing-masing dan mutiara bagi Pakatan Pembangkang?
'Sampah' yang paling kotor sudah tentu daripada ketua pembangkang mereka sendiri. Bukankah Anwar 'bapak segala sampah' jika hendak diikut istilah yang diguna pakai sebagai ahli politik yang tersisih. Anwar dipecat atas salah laku dan telah pun dihukum atas kesalahan tahun 1998. Kesalahan terbaru masih dalam perbicaraan. Bagi berlaku adil, maka kita boleh simpulkan bahawa 'sampah politik' ini memang ada di mana-mana. Tidak adil lah jika dipihak kerajaan diperlekeh kerana mengutip ahli politik yang melompat sedangkan di pihak mereka apa kurangnya.
Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Sampah tu memanglah sampah, definasi sampah ialah hasil buangan yang tidak digunapakai lagi dan harus dibuang agar tidak memudaratkan.
Walaupon sampah masih ada kegunaanya megikut jenis sampah setelah menjalani proses kitarsemula dan menjadi bahan baru yang digunapaki maka tidaklah lagi dipangil sampah.
Sejauh mana keberkesanan proses kitarsemula UMNO adalah penting bagi memastikan keboilhgunaan semula agar ianya tidak kekal dengan status terdahulunya yang bolih mendatangkan kemudaratan kapada perjuangan UMNO itu sendiri.
Salam Tebing Tinggi,
Kalau orang UMNO yang tersasar tu saya setuju untuk di kitar semula. kalau orang luar spt Fairus ni kalau hendak juga dikitar semula, kitarlah tapi jangan diberikan jawatan. He should start from zero. Tgok Ezam, skrg ni sambung belajar di Indonesia lebih baik daripada berpolitiking tak sudah-sudah. Dahulu gatal sangat nak lawan UMNO. kan dah kena sumpah.... Masuk UMNO boleh tapi jangan nak tergila-gilakan jawatan.
Salam Bro SUK Perkasa Johor,
Sesuatu permata yang jatuh ke lumpur, sinarnya akan terbit apabila dibersihkan. Sampah bagi sebahagian orang, makanan bagi yang lain.
Salam bro zedmagel,
Dalam politik memang benar lah seperti kata pujuangga itu.
Catat Ulasan