Khamis, 26 Ogos 2010

Bersalah Tetap Dihukum!


Walaupun Ibu bapa empat remaja simbah cat pada surau sudah memohon maaf dan MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir, 4 orang remaja biadap itu jangan terlepas daripada tindakan undang-undang. Alasan bahawa empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif tidak boleh diterima. Mereka bukan tidak faham tetapi biadap dan kurang ajar serta tidak sensitif dengan kehidupan pelbagai kaum di Malaysia. Kalau yang tua-tua pun biadap apatah lagi orang muda yang baru nak mengenal hidup. Sebagai pengajaran, mereka wajib dihukum seperti mana remaja Melayu yang membakar gereja.

Amir Hamzah
Batu Pahat

Tiada ulasan: