Selasa, 31 Ogos 2010

Laporan Polis Untuk Namewee.






Laporan polis yang dibuat oleh PERKASA Johor hari ini bukan mahu menginiaya atau memfitnah Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Cheng tetapi bagi mententeramkan keadaan apabila sejak akhir-akhir ini beberapa 'kecelaruan' telah berlaku bukan sahaja daripada tingkah laku ahli-ahli politik tetapi telah melibatkan rakyat awam. Kecelaruan yang dilakukan oleh ahli-ahli politik ,tentu rakyat sedia maklum adalah kerana kepentingan diri atau parti masing-masing dalam mencari pengaruh dan sokongan.

Namun apabila ia dilakukan oleh orang awam yang menerbitkan klip video berbaur perkauman tentunya akan mengundang banyak persoalan. Apakah motif dan tujuan beliau melakukannya? Kegelisahan rakyat dan ketidak tenteraman yang berlaku mutakhir ini seharusnya dihentikan kerana ianya menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan negara.

PERKASA merasakan dalam kita merayakan perayaan bulan kemerdekaan dan pada hari ini seluruh rakyat menyambut kemerdekaan negara kali ke 53, unsur-unsur seperti ini tidak lagi berlaku. Maka PERKASA Johor merasakan Namewee perlu disiasat. Siasatan yang telah dibuka itu setidak-tidaknya telah melegakan kebanyakan rakyat bahawa sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tidak terlepas daripada tindakan.

Jika tiada apa tindakan yang diambil rakyat tidak berupaya membendung kegiatan tidak sihatnya setelah kerajaan memberi peluang kepadanya dalam kes mengubah suaikan senikata lagu negaraku kepada negarakuku sedikit waktu dahulu.

Kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan seperti mana siasatan ke atas Pn.Inshah Mansor. Kita rakyat biasa tidak boleh menghukum dan membuat keputusan sendiri dengan membelakangkan undang-undang. Jika perkara seumpama ini tidak dicegah, siapa pula yang akan menjadi sasarannya selepas ini. Dahulu, lagu kebangsaan, kini Pn.Inshah dan Kementerian Pelajaran.

Adakah selepas ini setelah Namewee membuat klip video penyembelihan babi di dalam mimbar masjid baru kerajaan mahu bertindak? Pada ketika itu mungkin ada rakyat yang hilang pertimbangan. Kami berharap agar pihak polis dan KDN tidak memberi peluang ke dua kepada Namewee dan keluarganya untuk merayu dan memohon maaf. Beliau berhak dihadapkan ke muka pengadilan.

Terima kasih juga atas laporan polis yang dibuat oleh PERKASA Johor Bahru, PERKASA Batu Pahat, Wira PERKASA Johor dan Wira PERKASA Johor Bahru.

Klik di sini

Tiada ulasan: