Khamis, 12 Ogos 2010

Johor Dah Kena Serang!


Pengerusi Perhubungan PKR Johor dan bakal MB Johor Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.Katanya lagi, "Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya.”

Sebaliknya beliau mengaitkan seorang bekas MB dan bekas Menteri Persekutuan yang terlibat. "Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan.

"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com.

Akhirnya tanpa segan silu Chua Jui Meng atau Jimmy Chua itu telah membuat kesimpulan, "Saya menafikan PKR terbabit dengan penipuan ini. Hanya Umno mempunyai motif untuk membuat perkara terkutuk seperti ini,” katanya.

Saya juga ingin bertanya siapa bekas MB tersebut dan apa kepentingannya dalam isu sepanduk ini? Mengapa Chua Jui Meng tidak menuduh MB Johor sekarang. Sepatutnya MB sekarang lebih bimbang jawatannya akan dirampas oleh Chua. Sepatutnya begitu lah tuduhannya, baru nampak lebih logik. Tetapi ini semua adalah taktik bijak Anwar Ibrahim. Chua tidak sebijak ini jika tidak berkawan dengan Anwar. Jikalau Chua bijak dan licik bermain dengan isu, sudah lama beliau memenangi jawatan presiden MCA. Jawatan Presiden MCA pun tak dapat, dapat jadi Pengerusi Pehubungan PKR negeri pun sudah memadai. Orang politik memang mengejar kuasa.

Apa tujuan PKR membuat sepanduk sedemikian rupa. Tujuannya adalah dengan mudah mereka menuduh UMNO yang membuatnya. Semua orang tahu bahawa dalam undang-undang tubuh Negeri Johor sendiri MB nya mestilah dikalangan orang Melayu dan beragama Islam ,mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan negeri serta perkenan Sultan. Tambahan lagi Chua baru sahaja ditarik gelaran Datuk daripada istana Johor. Mana mungkin sepanduk ini dibuat oleh PKR. Jadi siapa yang buat kalau bukan UMNO? Senang saja beliau memutar belitkan isu ini.

Chua pun sedia maklum, sebagai seorang peguam tentu beliau tahu dan faham bahawa tidak mungkin beliau dapat menjadi MB Johor dengan begitu mudah berdasarkan undang-undang tubuh negeri yang sedia ada tambahan lagi Johor adalah kubu UMNO yang masih kental. Tentu sekali beliau beranggapan rakyat tidak menuduh beliau tetapi rakyat akan bersimpati bahawa beliau telah difitnah dan dihina. Rakyat akan mula menaruh simpati kepada Chua Jui Meng dan Anwar Ibrahim yang bukan sahaja difitnah tetapi tidak dibenarkan membuat perhimpunan dan ucapan telah diberhentikan oleh FRU ketika ceramah di Rengit tempohari. Pada hal ceramah itu tidak mendapat permit polis tetapi diteruskan juga. Tujuannya sekali lagi untuk memberi persepsi buruk kepada polis dan kerajaan dan sekali gus menarik simpati rakyat.

Berbalik kepada isu sepanduk, Chua Jui Meng telah berjaya menarik kembali sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat berikutan isu-isu ketidak adilan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Beliau berjaya meyakinkan semula pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat di Johor bahawa isu-isu di Selangor dan Pulau Pinang adalah mainan politik sempit pihak media dan blogger. Buktinya isu sepanduk ini telah digunakan oleh UMNO untuk sabotaj PKR yang semakin berkembang di Johor kononnya. Sekali lagi isu ini berjaya meraih simpati rakyat terutama golongan muda, orang tidak berparti dan orang yang berada di atas pagar.

Seperkara lagi, sepanduk ini sebenarnya bukan untuk Melayu Johor semata-mata. Melayu Johor masih lagi majoriti menyokong pada kerajaan sedia ada. Tapi untuk siapakah sepanduk ini? Sepanduk ini hanya untuk pengundi Melayu tegar pembangkang dan kepada pengundi Cina. Pengundi Cina tentunya gembira dengan sepanduk ini jika ianya menjadi kenyataan kerana MCA sudah tidak boleh diharap lagi. Persepsi MCA hanya menjadi seperti lembu dicucuk hidung oleh UMNO sudah begitu meluas penyebarannya sejak PRU ke 12 lagi.Calon-calon MCA di Johor yang menang hanya bantuan undi orang Melayu termasuk Parlimen Ayer Hitam. Maka PRU ke 13, mereka mensasarkan 85% pengundi Cina akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Sepanduk ini sudah cukup mengambarkan kesungguhan mereka untuk meraih undi kaum Cina di Johor.

Bagi pengundi-pengundi Melayu yang tegar kepada Pakatan Rakyat, mereka sudah tidak kisah siapa bakal MB mereka. Pada mereka UMNO sudah busuk dan jijik. Sesiapa sahaja boleh jadi MB termasuk Chua asalkan UMNO bungkus di Johor. Sebab itu yang memegang, memasang dan mengantung sepanduk-sepanduk itu orang-orang Melayu.

Kesimpulannya, Johor adalah negeri tumpuan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Segala isu di Johor selepas ini perlu lah difikirkan berlapis-lapis. Permainan semakin licik. Rakyat Johor tentu bijak menangani setiap isu. Ini adalah permainan pusingan pertama, maka berhati-hati dengan isu seterusnya. Gerakan Tawan Johor jangan dipandang enteng, tambahan pula pengundi Cina sudah tidak memihak kepada BN. Maka PRU ke 13 adalah ujian getir kepada rakyat Johor.

Amir Hamzah
Batu Pahat

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang2 Melayu Johor perlu sedar dan lebih berhati-hati....jangan yg dikendung cirir, yg dikejar tak dapat...itupun kalau mereka masih mahu melihat & merasa kuasa politik negeri dipegang oleh Melayu. Jika negeri ini tumbang ke PR, jangan harap Melayu menguasai politik lagi, jgn harap ekonomi dapat di kawal, jgn harap kg-kg Melayu tidak dihalau jauh dari bandar2, dan jgn mengharap DYMM Sultan kita tidak di momok lg. Don't cry after split milk...kalau nasi dah jd bubur, makan aje lah dgn telur massin, sayur kangkung & sambal belacan (meleleh jg air liur puasa ni..). Maka jadilah kita seperti P.Pinang, Selangor & Perak seketika dulu. Melayu memang jadi MB, tapi sebagai kuda tunggangan mereka je...kesian! Memang kita meluat dengan beberapa pemimpin BN, yg dah macam orang tak sedar diri...tapi kita selalu diingatkan, jangan kerana beberapa ekor nyamuk tu, kelambu dibakar. Pemimpin pun perlu ingat, nila setitik boleh merosakkan susu sebelanga...insaflah pemimpin2 Melayu sekelian. Kalau memang tak boleh sedar diri lagi, (org kg kawan panggil dah kematu..!) tukarlah org lain yg mendapat sokongan majoriti Melayu Johor ni. Johor selama ni memang kubu kuat, tapi kubu tu kuat mcm mana pun boleh runtuh jika kita tak senggara dengan baik. Kubu dah usang, perlu dibaikpulih segera! Kalau tidak, kita tak mampu menahan serangan zaman canggih ni.Org2 Melayu kali ni kenalah keluar mengundi semua. Yg belum daftar pemilih, pergilah daftar sekarang...jangan dah terantuk baru sedar.

rimaJOHOR berkata...

Terima kasih atas ingatan. Melayu Johor tidak boleh berpecah!