Sabtu, 21 Ogos 2010

Mudah-Mudahan LGE Masuk Islam


Doa khutbah Jumaat sebut nama Guan Eng bukannya fitnah kerana setakat ini beberapa pihak sudah tampil mengakui memang berlaku seperti didakwa oleh Ahmad Zahid Hamidi. Cuma Anwar Ibrahim yang memusingkan lagu lama mendakwa ianya fitnah terbaru UMNO yang semakin terdesak. Lagu ni pun rakyat dah muntah nak dengar.

Pada peringkat awal, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang ,Abdul Malik Kassim pula berkata siasatan pihaknya mendapati tiada mana-mana masjid melakukan doa dalam khutbah Jumaat yang menyebut nama Lim seperti yang didakwa itu. Beliau tidak menyiasat pun kerana seperti biasa orang seperti ini akan kelentong dulu baru siasat.

Sekonyong-konyong ada pihak yang membuat pengakuan bahawa memang ada menyebut nama Guan Eng dalam khutbah kedua yang disampaikan di dalam bahasa Arab. Buktinya Utusan Malaysia memetik pengakuan Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di Tasek Gelugor , Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.

Alasan yang seronok kita mendengarnya ialah jawatankuasa kariah masjid berkenaan mempertahankan penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.

Kalau ya pun nak doakan LGE masuk Islam janganlah tinggalkan langsung nama Yang Dipertuan Agung dan TYT Yg.Dipertua Negeri.

Lain kali, doakan juga Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Baru-baru ini Karpal Singh dengan terang-terang menolak cadangan Nik Aziz bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. Mungkin doa untuk buka hati Karpal Singh boleh ditambah dalam khutbah Jumaat minggu hadapan.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal Singh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur Jumaat.

Ada baiknya juga dibacakan doa supaya agar terbuka pintu hati pemimpin-pemimpin yang berkuasa sekarang supaya memikirkan bersama Nik Aziz untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini atau mendoakan umat Islam supaya menjumpai titik perpaduan. Mungkin itu lebih berfaedah daripada mendoakan LGE masuk Islam.

Jelasnya tindakan membaca doa kepada LGE ini dengan membelakangkan YDP Agung adalah satu perbuatan mencemar nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di Pulau Pinang dan di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

Amir Hamzah
Batu Pahat

Tiada ulasan: