Sabtu, 21 Ogos 2010

Pengetua 'Rasis' - Sekolah Dipolitikkan.


Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar. Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Ketua Wira PERKASA Johor Sdr Azlan b Ahmad yang tinggal di Kulaijaya telah dihubungi untuk mendapat gambaran daripada pihak pengetua yang terbabit.

1. Pengetua menafikan bahawa beliau tidak mengucapkan kata-kata seperti yang dilaporkan oleh pihak media dan beliau mendakwa telah diputar belitkan oleh pelajar India yang membuat laporan polis. Sdr Azlan difahamkan bahawa di belakang pelajar India ini adalah seorang guru India yang memang tidak berpuas hati kepada pengetua berkenaan berikutan permintaannya untuk menubuhkan Persatuan Tamil telah ditolak. Pihak pengetua hanya akan memberi kebenaran kepada guru India tersebut jika guru berkenaan berhasrat mahu menubuhkan Persatuan Bahasa Tamil bukannya Persatuan Tamil.

2. Sdr Azlan juga memaklumkan bahawa pelajar-pelajar bukan Melayu telah mula melawan guru-guru Melayu dengan mengatakan bahawa ' Guru Besar pun kita lawan apa lagi guru-guru kecil'.

3. Pengetua berkenaan juga telah membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya. Difahamkan juga akibat desakan daripada MCA dan DAP, pengetua itu telah diminta memohon maaf kepada pelajar di dalam perhimpunan.

Betul kata Muhyiddin:

1.Terdapat banyak kenyataan bertentangan berhubung apa sebenarnya yang berlaku."Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya"

2.Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi menyiasat isu ini adalah langkah yang tepat.

Kesimpulannya:

1. Seandainya pengetua berkenaan didapati ada menyatakan ayat yang dilaporkan kepada pihak polis maka satu tindakan yang setimpal perlu diambil kerana ianya satu provokasi yang tidak sesuai dilakukan oleh seorang penjawat awam.

2. Jika benar pengetua tersebut telah difitnah dan ucapannya telah diputar belitkan maka pelajar yang berkenaan perlu diambil tindakan.

3. Guru India seperti yang dilaporkan pengetua juga boleh diambil tindakan kerana mengikut perintah am perkara 4 berkaitan Perhubungan Dengan Orang Luar menyebut sebagai (4.6)Guru-guru juga dilarang keras membuat sebarang kenyataan akhbar atau menulis artikel tentang sesuatu isu (kecuali dengan kebenaran pengarah) dan melakukan tindakan yang mencemarkan profesion berkait dengan perhubungan dengan orang luar. Apatah lagi guru ini telah menghasut pelajar ini untuk membuat laporan polis.

4. Dengan laporan polis ini juga telah melibatkan parti-parti politik campur tangan dalam perjalanan hal ehwal sekolah. Apakah motif laporan polis dibuat? Sepatutnya ia boleh dilaporkan kepada PIBG sekolah atau biro aduan PPD Kulai Jaya atau pun Biro Aduan Jabatan Pelajaran Johor untuk siasatan.

5. Jika benar pengetua tidak menuturkan 'ucapan rasis' berkenaan maka guru-guru Melayu daripada Guru-guru penolong kanan hingga guru-guru biasa perlulah membuat laporan polis menyatakan sokongan kepada kenyataan pengetua bahawa beliau telah difitnah dan kenyataannya diputar belitkan. Begitu juga pelajar-pelajar Melayu yang berjumlah lebih kurang 800 orang daripada 1100 orang boleh membuat kenyataan menafikan laporan polis tersebut.

Isu ini telah menjadi isu perkauman maka sebarang tindakan perlulah adil supaya tidak ada mereka yang teraniaya.

Terima kasih PERKASA Kulaijaya!

Amir Hamzah

Batu Pahat.

Tiada ulasan: