Isnin, 2 Mei 2011

100 ORANG PEMUDA TERUJA DENGAN PENGISIAN FORUM


JOHOR BAHRU. 29/04/2011

Satu forum bertajuk Memperkasa Minda dan Mencana Budaya telah diadakan di Dewanraya Batu 10, Skudai Jumaat, 29/04/2011. Forum yang disasarkan kepada anak-anak muda di sekitar kawasan Skudai telah dianjurkan bersama oleh PERKASA daerah Johor Bahru, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah, Zon Skudai, Kejiranan Rukun Tetangga Kawasan Batu 10 Skudai dan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Kg. Batu 10 Skudai.

Ucapan pembentangan di sampaikan oleh Sdra Rosli Othman, Naib Pengerusi PERKASA daerah Johor Bahru yang menerangkan kenapa perlunya diwujudkan PERKASA. Sdra Rosli juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang menjayakan forum ini. Beliau melahirkan harapan agar anak-anak muda sedar dan insaf akan situasi semasa dan kedudukan orang-orang Melayu dalam bidang-bidang penting seperti pendidikan, ekonomi dan agama Islam.

Pembentangan dan penerangan seterusnya disampaikan oleh Tuan Yaakob Atan, Penasihat Undang-Undang PERKASA daerah Johor Bahru. Tuan Yaakob telah menghuraikan sejarah Tanah Melayu, penjajahan, perjuangan menuntut kemerdekaan, Perlembagaan Negara, Kontrak social dan isu semasa kedudukan orang Melayu.

Dalam sesi joaljawab, anak-anak muda menampakkan kesedaran dan keinsafan mereka serta bertekad untuk bersama-sama masyarakat memajukan bangsa Melayu dengan mereka sendiri mempelopori anjakan paragigma bagi diri mereka sendiri.

Majlis dirasmikan oleh Datuk Hj Abd Aziz Sapian, ADUN Nusajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah. Dalam ucapan beliau menggesa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah berkerjasama rapat dengan PERKASA.

Samat Atan,
NYDP 1, PERKASA Johor

Tiada ulasan: