Khamis, 5 Mei 2011

GELANG PATAH ‘LOMBONG EMAS’ ISKANDAR MALAYSIA

JOHOR BAHRU, 05 Mei, 2011.

Seluruh penduduk dewasa kampong Melayu Dapur Arang, Gelang Patah berhimpun di sebuah Balai Serbaguna di kampong tersebut untuk membincangkan nasib dan masa depan mereka di kampong tersebut. Mereka jemput hadir oleh Pengerusi jawatankuasa Bertindak kampong tersebut Tuan Haji Mohd Ali Sarno.

Pengerusi, dengan persetujuan penduduk telah mengundang wakil Perkasa hadir dalam majlis tersebut. Penduduk amat mengharapkan sokongan dan bantuan Perkasa bagi memohon mendapatkan hak pemilikan tanah tempat kediaman mereka. Sebagai menyatakan kesungguhan tersebut, kesemua penduduk telah memohon menjadi ahli Perkasa.

Kg. Melayu Simpang Arang terletak di pinggir pekan Gelang Patah, diatas tanah rezab sungai seluas 4.5 ekar dengan jumlah rumah sebanyak 58 buah. Jumlah penduduk seramai 325 orang. Perkampungan ini wujud sejak 51 tahun lalu. Permohonan tanah telah dibuat di Pejabat Tanah Daerah Johor bahru pada tahun 1991.

Wakil Perkasa yang hadir ialah Pengerusi Perkasa Daerah Johor Bahru Haji Mohd Ghauth Yusof, AJK Perkasa Daerah Johor Bahru Hamdan Ahmad, EXCO Wira Perkasa Pusat Shahrullizam Abd Samad dan Naib Yang DiPertua 1 Perkasa Negeri Johor Samat Atan.

Hasil perbincangan tersebut ialah:-

1. Penduduk bersetuju sebulat suara akan menggerakkan semula Jawatankuasa Bertindak bagi mengusahakan permohonan tanah perkampungan serta bersedia mengeluarkan kos pengurusan. Jawatankuasa bertindak akan bermesyuarat 2 minggu sekali.

2. Penduduk merayu agar kerajaan dibawah kepimpinan Menteri Besar Y.A.B. Dato’ haji Abdul Ghani Othman segera meluluskan permohonan tanah mereka sebagaimana mudahnya kerajaan Pakatan Rakyat meluluskan permohonan tanah di negeri Perak (walaupun memerintah 1 tahun telah meluluskan puluhan ribu pemilikan tanah dengan tempoh 999 tahun) dan Selangor (dalam masa 2 tahun telah menyelesaikan puluhan ribu permohonan tanah penduduk setinggan)

3. Penduduk tidak mengenepikan peranan UMNO.

4. Perkasa diminta membantu Jawatankuasa Bertindak.

Sesi perbincangan dan soaljawab yang berkisar isu penempatan telah mendapat respon yang hangat dari penduduk sehingga ada yang menitiskan air mata kesedihan mengenangkan apa akan terjadi kepada mereka yang tersepit dalam arus pembangunan mega Wilayah Iskandar Malaysia.

Kiriman:
Samat Atan
NYDP 1, PERKASA Johor

Tiada ulasan: