Ahad, 29 Mei 2011

Ambil Peluang : Pendaftaran Pengundi Baru di DUN Nusajaya


Jumlah pengundi Melayu dalam DUN Nusajaya, Parlimen Gelang Patah, Johor boleh ditingkat menjelang PRU13. Penambahan ini boleh dicapai sekiranya pihak-pihak yang bertanggungjawab bersungguh-sungguh mendaftarkan pengundi Melayu kerana kawasan DUN Nusajaya sebagai pusat pembangunan Iskandar Malaysia menjadi pusat perpindahan pekerja-pekerja yang berkerja di PTP, Pekerja Awam di sekitar Kota Iskandar dan pembangunan perindustrian, pusat perubatan antarabangsa, institusi pengajian tinggi antarabangsa, teman tema dan lain-lain kegiatan ekonomi.

Perkasa Daerah Johor Bahru, dalam satu perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Penduduk di Taman Nusantara, dalam DUN tersebut telah diberi penerangan mengenai penduduk di taman tersebut. Taman Nusantara merupakan taman terbesar dari segi jumlah rumah yang dibangunkan dalam kawasan Nusajaya. Menurut Pengerusi Jawatankuasa tersebut Encik Abdul Razak, Taman Nusantara didiami oleh sekitar 10,000 penduduk Melayu yang berhijrah kerana berkerja di tempat-tempat tersebut. Penambahan penduduk amat ketara sebagaimana pesatnya pembangunan fizikal di wilayah tersebut.

Sebahagian besar penduduk mula berpindah ke taman ini sejak 4 tahun lalu, namun sehingga kini tiada usaha-usaha dibuat bagi membantu penduduk mendaftar/memindah pendaftaran mengikut alamat kediaman di taman ini. Sehingga kini juga tiada parti-parti politik mendaftar di taman ini.

Parti-parti politik, khususnya UMNO sepatutnya merebut peluang ini dengan membantu mengaturkan pendaftaran / pemindahan tempat mengundi kepada penduduk tersebut. Jika UMNO cepat bertindak, peluang UMNO / BN mempertahankan kerusi DUN Nusajaya amat cerah malahan majoriti UMNO / BN akan meningkat.

Samat Atan
NYDP1, PERKASA Johor

Tiada ulasan: