Jumaat, 20 Mei 2011

Setinggan Masih Menaruh Harapan!


JOHOR BAHRU, 18/04/2011
Perkasa Kawasan Kg Melayu Pandan, Johor Bahru menganjurkan Majlis Penerangan di Dewan Serbaguna Kg Melayu Pandan, Johor Bahru, Ahad 9.00 pagi. Majlis tersebut diadakan bagi mendapatkan maklumat terkini kedudukan penempatan Kampong Melayu Pandan dari Jawatankuasa Bertindak kampong tersebut.

Majlis tersebut diisi dengan ucapan dan sesi soal jawab. Ucapan-ucapan yang telah disampaikan oleh Ketua Perkasa Kg Melayu Pandan, Ketua UMNO cawangan, Ketua Perkasa Zon Pasir Gudang dan ucapan dari Pengerusi Perkasa Johor Bahru menjurus kepada isu pemilikan tanah kampong tersebut.

Kesimpulan dari ucapan-ucapan tersebut bahawa status pemilikan/penempatan penduduk masih tiada jawapan pasti. Yang pasti kerajaan negeri sedang melaksanakan dasar setinggan sifar dengan menswastakan tanah-tanah seumpama ini kepada anak syarikat kerajaan negeri Johor iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor untuk dibangunkan secara usahasama dengan tauke-tauke Cina. Dalam masa yang sama, penduduk masih ditaburkan janji manis oleh pemimpin-pemimpin.

Ketua Perkasa Kawasan, Sdra Norazan Zainal Abidin mengharapkan sokongan penduduk. Melihat kepada kehadiran dalam majlis ini, harapan tersebut amat tipis. Tiada kesepakatan dikalangan penduduk.

Ketua Perkasa Zon Pasir Gudang, Hj Sapee Barima telah mengumumkan bahawa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang pada Sabtu, 14/05/2011 telah menubuhkan semulan Biro Setinggan bagi mengambil tindakan segera menyelesaikan isu pemilikan tanah/penempatan penduduk tanah setinggan dalam Parlimen Pasir Gudang. UMNO Bahagian telah menggariskan bahawa tempoh penyelesaian adalah sebelum akhir bulan Ogos, 2011.

Hj Sapee juga dengan tegas mencabar penduduk Kg Melayu Pandan menyokong usaha-usaha tersebut dengan bersatu dan bermufakat serta bertindak bersama-sama UMNO Bahagian dan Perkasa.

Pengerusi Perkasa Daerah Johor Bahru, Hj Mohd Ghouth Mohd Yusof pula menerangkan bahawa Perkasa memperjuangkan keagongan agama Islam dan bangsa Melayu tanpa mengambil kira fahaman politik. Ahli-ahli Perkasa tidak diupah dan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran diatas pengorbanan yang dilakukan. Beliau mengesa penduduk membanyakkan solat hajat dan berdoa agar nasib mereka terbela.

Majlis tersebut juga diisi dengan ceramah Undang-Undang dan Perlembagaan Persekutuan oleh penasihat Undang-Undang Perkasa daerah Johor Bahru, Tuan Yaakob Atan. Yaakob Atan dengan senyum sinis mengulas isu yang sedang hangat dibincangkan sebagai kes ‘Pemimpin terlepas Pandang’ dan kehadiran beliau dalam majlis ini adalah semata-mata ‘kerana Melayu’


Dalam sesi soal jawab, Naib Yang DiPertua 1 Perkasa Negeri Johor Samat Atan menerangkan suatu fakta bahawa di negeri Perak, yang satu ketika dahulu diperintah oleh Pakatan Rakyat selama hamper setahun telah meluluskan pemilikan tanah puluhan ribu kepada pemohon-pemohon dengan tempoh pajakan selama 999 tahun. Di Selangor pula, kerajaan negeri yang terajui oleh Pakatan Rakyat telah meluluskan lebih 60,000 pemilikan ke atas tanah-tanah yang diduduki oleh penduduk setinggan.

Di Johor, pemimpin-pemimpin yang menerajui kerajaan negeri berada dalam keadaan amat selesa kerana sejarah telah menerangkan bahawa orang-orang Melayu di kawasan tersebut tidak pernah terlintas disanubari mereka untuk mengundi lambang lain, selain dari Dacing /Kapal Layar dalam setiap pilihanraya.

Begitu juga dengan penduduk setinggan hanya menyerahkan nasib kepada pemimpin-pemimpin. Tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib penempatan mereka, tidak bersatu dan bermufakat sesama sendiri. Sehingga kini, setelah lebih 50 tahun dan beberapa pemimpin bertukar ganti , penduduk masih menagih simpati dan mengharapkan pembelaan dari pemimpin Melayu sendiri.

Samat Atan
NYDP 1,
PERKASA Johor

Tiada ulasan: