Ahad, 29 Mei 2011

PERKASA JB : Semakin Banyak Setinggan Yang Bergantung Harap.


Penduduk-penduduk sebuah lagi perkampungan setinggan di dalam kawasan DUN Nusajaya menjemput Perkasa Daerah Johor Bahru datang ke kampong untuk menyampaikan rintihan penduduk-penduduk mengenai nasib mereka. Kampung tersebut adalah Kampung Duku Kiri, Gelang Patah.

Menurut penduduk asal kampong tersebut Suradi Bin Kamijan, perkampungan tersebut telah wujud sejak 30 tahun lalu. Bilangan rumah adalah 19 buah dengan jumlah penduduk seramai 100 orang. Sebahagian besar penduduk adalah nelayan pantai.

Penduduk pernah mengemukakan permohonan sebanyak 2 kali tetapi permohonan penduduk ditolak oleh Ketua Kampong itu sendiri dengan alasan tanah yang dipohon adalah rezab jalan, tanpa membuat semakan untuk menentukan kedudukan terakhir tanah tersebut.

Menurut penduduk lagi, perkampungan mereka tidak pernah dilawati oleh kedua-dua Wakil Rakyat yang mewakili Parlimen Gelang Patah mahupun DUN Nusajaya, melainkan sekali semasa Pilihanraya. Jauh sekali mengambil tahu tentang nasib penduduk.

Mereka berterima kasih kepada kerajaan kerana membekalkan perkhidmatan bekalan air dan letrik serta jalan kampong. Kampung ini tidak dibekalkan lampu jalan, Penduduk terutama wanita dan kanak-kanak tidak berani keluar rumah diwaktu malam kerana suasana kampong gelap gelita.

Penduduk-penduduk dengan sedih dan sayu merayu kepada pihak berkuasa terutama Wakil Rakyat agar datang ke kampong mereka dan membantu menyelesaikan isu penempatan. Penduduk mengharapkan agar diberikan hakmilik tanah atau diberi pilihan mengenai penempatan mereka demi masa depan anak-anak mereka.

Samat Atan
NYDP 1, PERKASA Johor

Tiada ulasan: